Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
-) Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;
-) ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
-)ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
-) Menjimatkan tenaga dan sumber asli
-)Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
EMPAT TUNGGAK DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA:-
-)tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
-)alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
-)ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
-)sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:
i) Sektor Tenaga
-) Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan
-) Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan:
-)Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
-) Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
-) Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.
Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara:-
BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.
Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan.
"Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi pengkomersialan.
"Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau," katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian
CARA-CARA MENGEKALKAN TEKNOLOGI HIJAU:-
kereta teknologi hijau:-
bangunan teknologi hijau:-
sumber tenaga elektrik yang diperolehi:-
lampu di jalan raya yang menggunakan teknologi hijau:-
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)